Tuesday, 23 October 2012

Bahasa Basahan dalam Novel


Assalamualaikum…
Semalam aku telah berkongsi dengan rakan-rakan sekalian berkaitan bahasa basahan iaitu bahasa percakapan seharian kita. Hari ini aku ingin berkongsi contoh-contoh bahasa basahan yang digunakan dalam novel. Semalam aku ada menyatakan bahawa penggunaan bahasa basahan dalam percakapan seharian dapat mewujudkan kemesraan antara penutur dan pendengar. Begitu juga dengan novel.

Kini kita dapat lihat lambakkan novel yang terdapat di pasaran rata-ratanya berkisar tentang perihal kehidupan suka duka remaja. Oleh itu, penulis haruslah pandai menggunakan pendekatan yang berkesan supaya pembaca berasa rapat atau mesra dengan watak-watak yang ditonjolkan dalam novel tersebut.

Petang tadi aku telah berjaya menghabiskan pembacaanku setelah dua hari berkepit dengan  novel “Cinta Tiga Suku” hasil nukilan Herna Diana. Bagiku ceritanya agak menarik kerana diselitkan unsure-unsur humor dalam watak utamanya yang bernama Nurul Iman. Namun, bukan jalan ceritanya yang aku tekankan di sini tetapi ingin berkongsi contoh-contoh penggunaan bahasa basahan yang digunakan dalam novel tersebut. Contohnya:


BAHASA BASAHAN
BAHASA BAKU
Tu tak sama”.

Itu tidak sama”.

“Kenapa pulak? Iman nak pergi mana?” Dr. Razif pelik.

“Kenapa pula? Iman hendak pergi ke mana?” Dr. Razif pelik.
Apesal kau sengih-sengih ni?” Marah Iman pada Arie.

Kenapa kau tersengih-sengih?” Marah Iman pada Arie.
“Ibu dan ayah abang, ibu dan ayah Iman jugak,” balas Dr. Razif penuh makna.

“Ibu dan ayah abang, ibu dan ayah Iman juga,” balas Dr. Razif penuh makna.
Tak sama macam mana pulak?”

Tidak sama bagaimana pula?”
Nak pi mana pulak tu?”
Hendak pergi ke mana pula?”


Setelah melihat contoh-contoh di atas dapat dilihat bahawa novelis-novelis kini lebih banyak menggunakan bahasa basahan dalam dialo yang terdapat dalam novel-novel mereka. Bahasa basahan ini dapat membantu pembaca menghayati watak kerana bahasa yang digunakan sama seperti bahasa percakapan manusia seharian.


No comments:

Post a Comment