Friday, 19 October 2012

Alahai Kedai Siam Kegemaranku


Malam semalam selepas habis kuliah petang aku dan kawan-kawanku singgah sebentar di kedai makan kegemaran kami. Kedai tersebut menjadi pilihan kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Senang bagi kami untuk singgah di kedai tersebut kerana kedai tersebut terletak satu jalan dan sehala dengan jalan ke rumah kami.

Seperti kebiasaannya kami akan melihat menu terlebih dahulu sebelum membuat pesanan. Sedang aku membelek-belek menu yang disediakan aku terlihat perkataan “telur dada”. Aku menjadi pelik. Adakah kedai ini menyediakan sajian lain daripada telur dadar yang dipanggil telur dada? Aku lihat pula pada gambar yang disediakan dalam menu tersebut. Gambarnya sama sahaja seperti telur dadar yang pernah aku lihat sebelum ini. Aku pasti bahawa tuan punya kedai tersebut silap mengeja perkataan dadar kepada dada. 






Aku lihat pula bahagian masakan panas yang lain dan terlihat pula perkataan “sup puyoh” yang sepatutnya dieja sebagai “sup puyuh” .




Tidak menjadi kesalahan dalam sebutan kerana sebutannya tetap dapat difahami walaupun ejaanya salah. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian sepatutnya tidak membuat kesalahan dalam perkara-perkara yang kecil sebegini. Walaupun hanya kesalahan kecil, ia tetap tidak boleh dipandang remeh. Siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan penutur asalnya sendiri. Wassalam…

Thursday, 18 October 2012

Lagi Kesalahan Rujukan Hormat


Assalamualaikum…

Kali ini aku ingin mengupas semula topik yang pernah aku utarakan dahulu iaitu rujukan hormat bagi seseorang. Hari ini kau terbaca sehelai poster yang dilekatkan di dinding bilik kuliah. Pada mulanya aku tidak menyedari sebarang kesilapan pada poster tersebut. Namun setelah diteliti ternyata terdapat kesalah penggunaan kata rujukan hormat. Di sini aku lampirkan gambar kesalahan yang terdapat pada poster tersebut.






Poster di atas jelas menunjukkan kesalahan rujukan hormat yang digunakan untuk Dr. naveen Nair. Poater tersebut menggunakan rujukan hormat Yang Berusaha sedangkan Yang Berusaha sepatutnya digunakan untuk pegawai yang tidak bergelar. Contohnya pengerusi PIBG sekolah dan sebagainya. Rujukan hormat yang sepatutnya digunakan untuk Dr. Naveen Nair ialah Yang Berbahagia. Rujukan hormat Yang Berbahagia digunakan untuk seseorang yang bergelar anugerah seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor dan lain-lain lagi.







Puisi segala yang Indah


Assalamualaikum…
Setiap pagi aku akan mendengar radio ketika sedang bersiap untuk ke kuliah. Setiap pagi jugalah rakan sebilikku terpaksa menadah telinga mendengar nyanyian sumbangku. Bagiku nyanyian pada waktu pagi dapat menambahklan keceriaan kita untuk menjalani hari tersebut. Kebiasaannya aku hanya mendengar lagu-lagu yang diputarkan di radio tanpa berfikir. Namun hari ini aku terfikir adakah lirik lagu boleh dianggap sebagai satu puisi sama seperti sajak, seloka, pantun dan sebagainya. Contohnya dalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia, Opick. Beliau menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai lirik yang sangt indah serta berunsur ketuhanan sama seperti sajak-sajak ketuhanan yang lain.


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia nyang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk
Kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Lirik lagu juga tergolong sebagai puisi iaitu puisi moden seperti sajak. Puisi moden tidak mempunyai bentuk yang terikat sama ada rima akhir, jumlah perkataan dalam setiap baris, jumlah baris dalam setiap perenggan dan sebagainya. Terdapat juga sajak yang dilagukan. Contohnya sajak A. Samad Said “ Tetamu Senja” yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa. Keadaan yang sama berlaku pada lirik lagu. Sebagai kesimpulan, dapatlah dinyatakan bahawa lirik lagu turut tergolong dalam kumpulan puisi sebagai puisi moden yang tidak terikat.



Puisi Pegangan Adat


Assalamualaikum…

Semester lepas aku ada mengambil kursus Puisi Melayu. Dalam banyak-banyak puisi yang telah aku pelajari, terdapat satu puisi yang baru aku dengarkan pada semester lepas iaitu teromba. Ramai yang tidak mengetahui apa itu teromba dan bagaimana bentuk teromba. Jadi pada hari ini aku ingin berkongsi dengan rakan sekalian berkenann teromba.

Teromba merupakan salah satu puisin yang tergolong dalam puisi tradisional melayu. Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

 Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun.

Masyarakat Minangkabau sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang tinggi dengan nilai adab dan budaya. Selain melihat sendiri vcara kehidupan masyarakat Minangkabau, kita juga boleh melihat pada puisi asal mereka untuk melihat cara kehidupan mereka. Hal ini kerana teromba dibuat untuk memuatkan segala peraturan atau adat yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau. Contohnya dalam teromba aturan harta pusaka di bawah ini


                                                        Yang paya Tanami padi,              
Yang keras dibuat ladang,
Bukit batu untuk bertambang emas,
Yang paya untuk tepat ikan,
Genangan pelepas itik,
Padang rump;au untuk penternak,
Laying perak logam tembaga,
Semua terkandung di dalamnya.

Pusaka jangan beranjak,
Manah jangan pupus,
Suku jangan pindah,
Bangsa jangan sampai hilang.

Pepatah tersebut menyatakan bahawa kerana pusaka sawah ladang, hutan dan tanah merupakan daerah milik bagi seorang penghulu tempat dan hidup suku yang dipimpinnya. Kalau pusaka tersebut sudah terjual, sukunya akan berpindah ke suku lain dengan pindahnya hak milik yang menjadi wilayah tersebut. Walaupun pada lahirnya pusaka tersebut masih tetap pada tempatnya semula. Amanah orang tua akan hilang dan bangsa yang terdiri daripada kaum yang berkembang di tanah tersebut akan akan kehilangan daerahnya.
Daripada penerangan maksud teromba di atas, jelas dilihat bahawa masyarakat Minangkabau menggunakan puisi melayu iaitu teromba sebagai agen pesanan kepada anak cucu kaum tersebut.
                                                                                              

Elipsis Sebagai Penekanan?


Assalamualaikum…
Topik yang aku ingin bicang hari ini adalah berkisar tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan novel.  Tanda baca yang aku ingin fokuskan di sini ialah tanda baca ellipsis atau lebih mudah difahami sebagai tiga titik berurutan. Elipsis ialah satu siri tiga titik yang digunakan untuk menandakan bahawa sebahagian bahan telah ditinggalkan dalam satu petikan tertentu. Contohnya:

“Telah dibuktikan bahawa mesin mestilah berkebolehan menyimpan maklumat digital bukan sahaja…tetapi juga …”

Namun, lambakan novel pada hari ini kebanyakannya ditulis tanpa menitikberatkan tanda baca terutamanya ellipsis. Tanda baca ellipsis diletakkan sewenang-wenangnya tanpa mempunyai tujuan yang betul. Sejak di bangku sekolah lagi aku suka membaca novel. Novel yang dihasilkan di waktu dahulu mempunyai banyak perbezaan. Baru-baru ini aku membaca sebuah novel dan mendapati penulisnya banyak menggunakan tanda ellipsis di tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya:

“Baik, Cikgu… Eh, Cikgu…! Ada surat cikgu jatuh ni…”

Dalam ayat di atas tanda baca ellipsis digunakan lebih terarah sebagai fungsi penenkanan dan bukannya sebagai fungsi sebenarnya iaitu untuk menunjukkan terdapat sebahagian petikan yang telah ditinggalkan .