Wednesday, 24 October 2012

Kesalahan Berbahasa Yang Dibawa Dari Generasi Terdahulu


Assalamualaikum…

Selamat berjumpa kembali dalam laman blog aku yang tidak seberapa ini. Kali ini aku ingin berkongsi tentang kesalahan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh ibu bapa. Seperti yang telah kita ketahui kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka melalui ibu bapa kerana ibu bapalah yang paling rapat dengan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam menanam konsep berbahasa yang betul dalam diri anak-anak.

Melaui pengalamanku sendiri, sejak dari kecil ibuku menyebut kasut bagi semua jenis kasut sama ada selipar, kasut bertutup mahupun but. Contoh ayat yang sering kami tuturkan ketika di rumah ialah ialah:


AYAT
BENDA SEBENAR YANG DIRUJUK
“Adik, awat tak pakai kasut? Cacing masuk dalam kaki sat gi.”
Selipar
“Mak, tahun ni cek nak kasut baru. Kasut cek dak koyak la.”
Kasut bertutup
“Kasut mak mana? Mak nak pi  bendang ni.”
Kasut but

Daripada ketiga-tiga a ayat di atas, dapatkah rakan sekalian membezakan antara ayat yang merujuk kepada selipar, ayat yang merujuk kepada kasut bertutup dan ayat yang merujuk kepada kasut but? Bagi kami sekluarga maksud yang ingin disampaikan dapat difahami melalui situasi. Contohnya dalam ayat pertama.

“Adik, awat tak pakai kasut? Cacing masuk dalam kaki sat gi.”

Ayat di atas menunjukkan situasi ibu yang menegur perbuatan anak kecil yang tidak memakai kasut ketika keluar berjalan di kawasan luar rumah. Dalam konteks situasi ini tidak mungkin si ibu merujuk perkataan kasut kepada kasut bertutup atau kasut but. Semestinya ibu merujuk kasut selipar sebagai alas kaki ketika berjalan di luar rumah supaya kaki tidak kotor dan dijangkiti kuman.

Kesalahan yang sama akan terus berulang jika terus diturunkan ke generasi seterusnya. Dalam hal ini ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mereka juga telah memperoleh bahasa pertama mereka daripada generasi yang sebelumnya. Jadi, kita sebagai penutur generasi baharu haruslah peka dengan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ujaran kita dan cuba untuk memperbaikinya. Sebaiknya kesalahan ini janganlah diteruskan supaya anak-anak generasi akan datang dapat menggunakan bahasa dengan betul. Wassalam.



No comments:

Post a Comment