Wednesday, 24 October 2012

Kesalahan Berbahasa Yang Dibawa Dari Generasi Terdahulu


Assalamualaikum…

Selamat berjumpa kembali dalam laman blog aku yang tidak seberapa ini. Kali ini aku ingin berkongsi tentang kesalahan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh ibu bapa. Seperti yang telah kita ketahui kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka melalui ibu bapa kerana ibu bapalah yang paling rapat dengan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam menanam konsep berbahasa yang betul dalam diri anak-anak.

Melaui pengalamanku sendiri, sejak dari kecil ibuku menyebut kasut bagi semua jenis kasut sama ada selipar, kasut bertutup mahupun but. Contoh ayat yang sering kami tuturkan ketika di rumah ialah ialah:


AYAT
BENDA SEBENAR YANG DIRUJUK
“Adik, awat tak pakai kasut? Cacing masuk dalam kaki sat gi.”
Selipar
“Mak, tahun ni cek nak kasut baru. Kasut cek dak koyak la.”
Kasut bertutup
“Kasut mak mana? Mak nak pi  bendang ni.”
Kasut but

Daripada ketiga-tiga a ayat di atas, dapatkah rakan sekalian membezakan antara ayat yang merujuk kepada selipar, ayat yang merujuk kepada kasut bertutup dan ayat yang merujuk kepada kasut but? Bagi kami sekluarga maksud yang ingin disampaikan dapat difahami melalui situasi. Contohnya dalam ayat pertama.

“Adik, awat tak pakai kasut? Cacing masuk dalam kaki sat gi.”

Ayat di atas menunjukkan situasi ibu yang menegur perbuatan anak kecil yang tidak memakai kasut ketika keluar berjalan di kawasan luar rumah. Dalam konteks situasi ini tidak mungkin si ibu merujuk perkataan kasut kepada kasut bertutup atau kasut but. Semestinya ibu merujuk kasut selipar sebagai alas kaki ketika berjalan di luar rumah supaya kaki tidak kotor dan dijangkiti kuman.

Kesalahan yang sama akan terus berulang jika terus diturunkan ke generasi seterusnya. Dalam hal ini ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mereka juga telah memperoleh bahasa pertama mereka daripada generasi yang sebelumnya. Jadi, kita sebagai penutur generasi baharu haruslah peka dengan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ujaran kita dan cuba untuk memperbaikinya. Sebaiknya kesalahan ini janganlah diteruskan supaya anak-anak generasi akan datang dapat menggunakan bahasa dengan betul. Wassalam.



Tuesday, 23 October 2012

Bahasa Halus Bahasa Beradab


Assalamualaikum…

Terlanjur aku berbincang tentang sarkastik pada entri yang lepas, kali ini aku ingin berkongsi pula tentang bahasa halus. Sarkastik ialah ayat yang bersifat menyindir dengan menggunakan kata-kata yang tajam dan boleh menyakitkan hati seseorang. Bahasa halus pula ialah bahasa yang lebih sopan dan manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Bahasa halus ini wujud keranan rasa pertimbangan dengan orang yang dilawan bertutur. Selalunya penggunaan bahasa halus ini dipengaruhi oleh faktor kedudukan, pangkat, umur dan keakraban dengan orang yang dilawan bertutur.

Penggunaan bahasa halus dapat mengeratkan hubungan antara penutur dan pendengar keranan pendengar selesa untuk berkomunikasi dengan kita. Jika kita menggunakan bahasa yang kasar pastinya akan menimbulkan rasa tidak senang kepada si pendengar. Akhirnya komunikasi yang dijalankan tidak berjalan dengan lancar. Contoh bahasa halus ialah:


BAHASA KASAR
BAHASA HALUS
Mati
Meninggal dunia
Jamban
Bilik air atau tandas
Berak
Buang air besar
Kencing
Buang air kecil
Mengandung
Berbadan dua
Orang gaji
Pembantu rumah
Jaga
Pengawal keselamatan


Kita haruslah menjaga percakapan kita lebih-lebih lagi apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. Selain dapat mengeratkan hubungan antara penutur dangan pendengar, penggunaan bahasa halus turut dapat menunjukkan kesopanan kita dalam berbahasa.

Sarkastik: ‘Makan Dalam’


Assalamualaikum…

Pada entri kali ini aku ingin berkongsi tentang sarkastik. Sedarkah rakan sekalian bahawa kita banyak menggunakan unsur sarkastik dalam perbualan harian kita. Apa itu sarkastik? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sarkastik bersifat menyindir dengan menggunakan kata-kata yang tajam dan boleh menyakitkan hati seseorang. Contohnya:

AYAT SARKASTIK
HURAIAN
“Ooo…keje kilang je la erk?
Menyindir dengan bertujuan menyatakan bahawa bekerja di kilang sebagai satu pekerjaan yang rendah tahapnya.

“Aii…dah gelap baru nampak nak balik rumah? Ingatkan dah sesat tadi.”
Menyindir seseorang yang pulang lewat ke rumah.

“Tak payah dok nangis. Mak cakap kau tak nak dengar. Kenapa tak panjat lagi pokok tu? Panjat la.”
Menyindir perbuatan anak yang tetap memanjat pokok walaupun telah ditegur oleh ibunya.

“Eh..dah cerah la! Matahari baru tunjuk muka agaknya. Tadi mendung ja aku tengok.”

Menyindir riak muka seseorang yang berubah dari masam ke ceria.
“Rajinnya anak mak ni. Bilik dah macam tongkang pecah.”
Menyindir sikap anak yang malas kemas bilik.

Walaupun sarkastik menggunakan kata-kata pedas yang boleh menyinggung perasaan seseorang, namun penggunaannya tetap memberi faedah kepada penutur tersebut kerana masej dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan. Contohnya situasi:


CONTOH SITUASI
SARKASTIK YANG SESUAI
HURAIAN
Seorang rakan yang telah berkali-kali menegur rakannya yang masih menghisap rokok walaupun telah mengetahui kesan yang akan dihadapinya kelak.
“eloklah kau buat amal ibadah banyak-banyak Man. Aku tengok cara kau ni macam tak lama dah.”
Menyindir rakannya bahawa umur dia semakin pendek disebabkan tabiat tidak sihat yang diamalkannya.
Diganggu oleh seorang pak cik yang gatal.
“Sedarlah  pakcik, rumah kata pergi kubur kata mari.”
Menyindir pak cik tersebut tentang umur yang telah lanjut tetapi masih lagi ingin menggatal.
Dikejutkan dengan panggilan palsu daripada kawan.
“Seronoknya kena tipu. Lain kali buatlah lagi.”
Menyindir perbuatan rakan tersebut. Sebenarnya hendak menyatakan perasaan geram dan tidak suka kena tipu.
Seorang anak yang meminta wang untuk membeli baju baru.
“Duit mak memang banyak. Berkepuk-kepuk dalam peti besi tu. Tambah la dalam senarai tu benda apa lagi nak beli.”
Menyidir perbuatan anak yang sering meminta wang tanpa mengira maknya ada duit atau pun tak.


Namun begitu, penggunaan sarkastik dengan ayat-ayat yang terlalu pedas harus dielakkan supaya tidak berlaku pergaduhan dan sebagainya. 



Bahasa Basahan dalam Novel


Assalamualaikum…
Semalam aku telah berkongsi dengan rakan-rakan sekalian berkaitan bahasa basahan iaitu bahasa percakapan seharian kita. Hari ini aku ingin berkongsi contoh-contoh bahasa basahan yang digunakan dalam novel. Semalam aku ada menyatakan bahawa penggunaan bahasa basahan dalam percakapan seharian dapat mewujudkan kemesraan antara penutur dan pendengar. Begitu juga dengan novel.

Kini kita dapat lihat lambakkan novel yang terdapat di pasaran rata-ratanya berkisar tentang perihal kehidupan suka duka remaja. Oleh itu, penulis haruslah pandai menggunakan pendekatan yang berkesan supaya pembaca berasa rapat atau mesra dengan watak-watak yang ditonjolkan dalam novel tersebut.

Petang tadi aku telah berjaya menghabiskan pembacaanku setelah dua hari berkepit dengan  novel “Cinta Tiga Suku” hasil nukilan Herna Diana. Bagiku ceritanya agak menarik kerana diselitkan unsure-unsur humor dalam watak utamanya yang bernama Nurul Iman. Namun, bukan jalan ceritanya yang aku tekankan di sini tetapi ingin berkongsi contoh-contoh penggunaan bahasa basahan yang digunakan dalam novel tersebut. Contohnya:


BAHASA BASAHAN
BAHASA BAKU
Tu tak sama”.

Itu tidak sama”.

“Kenapa pulak? Iman nak pergi mana?” Dr. Razif pelik.

“Kenapa pula? Iman hendak pergi ke mana?” Dr. Razif pelik.
Apesal kau sengih-sengih ni?” Marah Iman pada Arie.

Kenapa kau tersengih-sengih?” Marah Iman pada Arie.
“Ibu dan ayah abang, ibu dan ayah Iman jugak,” balas Dr. Razif penuh makna.

“Ibu dan ayah abang, ibu dan ayah Iman juga,” balas Dr. Razif penuh makna.
Tak sama macam mana pulak?”

Tidak sama bagaimana pula?”
Nak pi mana pulak tu?”
Hendak pergi ke mana pula?”


Setelah melihat contoh-contoh di atas dapat dilihat bahawa novelis-novelis kini lebih banyak menggunakan bahasa basahan dalam dialo yang terdapat dalam novel-novel mereka. Bahasa basahan ini dapat membantu pembaca menghayati watak kerana bahasa yang digunakan sama seperti bahasa percakapan manusia seharian.


Monday, 22 October 2012

Bahasa Basahan Bahasa Pertuturan

Assalamualaikum…

Tahukah kawan-kawan sekalian bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian disebut sebagai bahasa basahan?Bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa. Perkara yang diutamakan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Selain itu, bentuk bahasa basahan ini turut dipengaruhi oleh slanga atau dialek penutur tersebut.


BAHASA BAKU
BAHASA BASAHAN
Bagaimana hendak ke Stesen Bas Tanjung Malim?
Macam mana nak ke Stesen Bas Tanjuung Malim?
Siti sedang menggosok baju.
Siti tengak menggosok baju
Tolong ambilkan buku di atas meja itu.
Tolong ambikkan buku kat atas meja tu.
Bila pula saya berkata demikian
Bila pulak saya cakap macam tu.


Terdapat tiga perbezaan antara bahasa baku dan bahasa basahan iaitu:

a) Perkataan berbeza untuk makna serupa. Contohnya:

Mengapa        -           kenapa
Bagaimana      -          macam mana
Sedang            -           tengah


b) Bentuk kependekkan. Contohnya:

                                                Hendak           -           nak
                                                Tidak              -           tak
           

c) Perubahan bunyi. Contohnya:
         
                                             Ambil              -                       ambik
                                             Kecil                -                       kecik
                                             Pula                 -                       pulak


Penggunaan bahasa basahan dapat mewujudkan kemesraan antara penutur dan pendengar. Namun begitu, penutur hendaklah berhati-hati agar bahasa basahan ini tidak diguna pakai dalam penulisan.