Tahukah
kawan-kawan sekalian bahasa yang kita gunakan dalam perbualan seharian disebut
sebagai bahasa basahan?Bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa. Perkara yang
diutamakan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Selain itu, bentuk
bahasa basahan ini turut dipengaruhi oleh slanga atau dialek penutur tersebut.
BAHASA BAKU
|
BAHASA BASAHAN
|
Bagaimana hendak ke Stesen Bas Tanjung Malim?
|
Macam mana nak ke
Stesen Bas Tanjuung Malim?
|
Siti sedang menggosok
baju.
|
Siti tengak menggosok
baju
|
Tolong ambilkan buku
di atas meja itu.
|
Tolong ambikkan buku
kat atas meja tu.
|
Bila pula saya
berkata demikian
|
Bila pulak saya cakap
macam tu.
|
Terdapat tiga perbezaan antara bahasa baku dan bahasa basahan iaitu:
a) Perkataan berbeza untuk makna serupa.
Contohnya:
Mengapa
- kenapa
Bagaimana - macam
mana
Sedang -
tengah
b) Bentuk kependekkan. Contohnya:
Hendak - nak
Tidak - tak
c) Perubahan bunyi. Contohnya:
Ambil - ambik
Kecil - kecik
Pula - pulak
Penggunaan
bahasa basahan dapat mewujudkan kemesraan antara penutur dan pendengar. Namun
begitu, penutur hendaklah berhati-hati agar bahasa basahan ini tidak diguna pakai
dalam penulisan.
No comments:
Post a Comment