Tuesday, 23 October 2012

Sarkastik: ‘Makan Dalam’


Assalamualaikum…

Pada entri kali ini aku ingin berkongsi tentang sarkastik. Sedarkah rakan sekalian bahawa kita banyak menggunakan unsur sarkastik dalam perbualan harian kita. Apa itu sarkastik? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat sarkastik bersifat menyindir dengan menggunakan kata-kata yang tajam dan boleh menyakitkan hati seseorang. Contohnya:

AYAT SARKASTIK
HURAIAN
“Ooo…keje kilang je la erk?
Menyindir dengan bertujuan menyatakan bahawa bekerja di kilang sebagai satu pekerjaan yang rendah tahapnya.

“Aii…dah gelap baru nampak nak balik rumah? Ingatkan dah sesat tadi.”
Menyindir seseorang yang pulang lewat ke rumah.

“Tak payah dok nangis. Mak cakap kau tak nak dengar. Kenapa tak panjat lagi pokok tu? Panjat la.”
Menyindir perbuatan anak yang tetap memanjat pokok walaupun telah ditegur oleh ibunya.

“Eh..dah cerah la! Matahari baru tunjuk muka agaknya. Tadi mendung ja aku tengok.”

Menyindir riak muka seseorang yang berubah dari masam ke ceria.
“Rajinnya anak mak ni. Bilik dah macam tongkang pecah.”
Menyindir sikap anak yang malas kemas bilik.

Walaupun sarkastik menggunakan kata-kata pedas yang boleh menyinggung perasaan seseorang, namun penggunaannya tetap memberi faedah kepada penutur tersebut kerana masej dapat disampaikan dengan tepat dan berkesan. Contohnya situasi:


CONTOH SITUASI
SARKASTIK YANG SESUAI
HURAIAN
Seorang rakan yang telah berkali-kali menegur rakannya yang masih menghisap rokok walaupun telah mengetahui kesan yang akan dihadapinya kelak.
“eloklah kau buat amal ibadah banyak-banyak Man. Aku tengok cara kau ni macam tak lama dah.”
Menyindir rakannya bahawa umur dia semakin pendek disebabkan tabiat tidak sihat yang diamalkannya.
Diganggu oleh seorang pak cik yang gatal.
“Sedarlah  pakcik, rumah kata pergi kubur kata mari.”
Menyindir pak cik tersebut tentang umur yang telah lanjut tetapi masih lagi ingin menggatal.
Dikejutkan dengan panggilan palsu daripada kawan.
“Seronoknya kena tipu. Lain kali buatlah lagi.”
Menyindir perbuatan rakan tersebut. Sebenarnya hendak menyatakan perasaan geram dan tidak suka kena tipu.
Seorang anak yang meminta wang untuk membeli baju baru.
“Duit mak memang banyak. Berkepuk-kepuk dalam peti besi tu. Tambah la dalam senarai tu benda apa lagi nak beli.”
Menyidir perbuatan anak yang sering meminta wang tanpa mengira maknya ada duit atau pun tak.


Namun begitu, penggunaan sarkastik dengan ayat-ayat yang terlalu pedas harus dielakkan supaya tidak berlaku pergaduhan dan sebagainya. 



No comments:

Post a Comment