Thursday, 18 October 2012

Puisi segala yang Indah


Assalamualaikum…
Setiap pagi aku akan mendengar radio ketika sedang bersiap untuk ke kuliah. Setiap pagi jugalah rakan sebilikku terpaksa menadah telinga mendengar nyanyian sumbangku. Bagiku nyanyian pada waktu pagi dapat menambahklan keceriaan kita untuk menjalani hari tersebut. Kebiasaannya aku hanya mendengar lagu-lagu yang diputarkan di radio tanpa berfikir. Namun hari ini aku terfikir adakah lirik lagu boleh dianggap sebagai satu puisi sama seperti sajak, seloka, pantun dan sebagainya. Contohnya dalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia, Opick. Beliau menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai lirik yang sangt indah serta berunsur ketuhanan sama seperti sajak-sajak ketuhanan yang lain.


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia nyang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk
Kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi

Lirik lagu juga tergolong sebagai puisi iaitu puisi moden seperti sajak. Puisi moden tidak mempunyai bentuk yang terikat sama ada rima akhir, jumlah perkataan dalam setiap baris, jumlah baris dalam setiap perenggan dan sebagainya. Terdapat juga sajak yang dilagukan. Contohnya sajak A. Samad Said “ Tetamu Senja” yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa. Keadaan yang sama berlaku pada lirik lagu. Sebagai kesimpulan, dapatlah dinyatakan bahawa lirik lagu turut tergolong dalam kumpulan puisi sebagai puisi moden yang tidak terikat.



No comments:

Post a Comment