Friday, 19 October 2012

Alahai Kedai Siam Kegemaranku


Malam semalam selepas habis kuliah petang aku dan kawan-kawanku singgah sebentar di kedai makan kegemaran kami. Kedai tersebut menjadi pilihan kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Senang bagi kami untuk singgah di kedai tersebut kerana kedai tersebut terletak satu jalan dan sehala dengan jalan ke rumah kami.

Seperti kebiasaannya kami akan melihat menu terlebih dahulu sebelum membuat pesanan. Sedang aku membelek-belek menu yang disediakan aku terlihat perkataan “telur dada”. Aku menjadi pelik. Adakah kedai ini menyediakan sajian lain daripada telur dadar yang dipanggil telur dada? Aku lihat pula pada gambar yang disediakan dalam menu tersebut. Gambarnya sama sahaja seperti telur dadar yang pernah aku lihat sebelum ini. Aku pasti bahawa tuan punya kedai tersebut silap mengeja perkataan dadar kepada dada. 






Aku lihat pula bahagian masakan panas yang lain dan terlihat pula perkataan “sup puyoh” yang sepatutnya dieja sebagai “sup puyuh” .




Tidak menjadi kesalahan dalam sebutan kerana sebutannya tetap dapat difahami walaupun ejaanya salah. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian sepatutnya tidak membuat kesalahan dalam perkara-perkara yang kecil sebegini. Walaupun hanya kesalahan kecil, ia tetap tidak boleh dipandang remeh. Siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan penutur asalnya sendiri. Wassalam…

No comments:

Post a Comment