Assalamualaikum…
Topik
yang aku ingin bicang hari ini adalah berkisar tentang penggunaan tanda baca
dalam penulisan novel. Tanda baca yang
aku ingin fokuskan di sini ialah tanda baca ellipsis atau lebih mudah difahami
sebagai tiga titik berurutan. Elipsis ialah satu siri tiga titik yang digunakan
untuk menandakan bahawa sebahagian bahan telah ditinggalkan dalam satu petikan
tertentu. Contohnya:
“Telah
dibuktikan bahawa mesin mestilah berkebolehan menyimpan maklumat digital bukan
sahaja…tetapi juga …”
Namun,
lambakan novel pada hari ini kebanyakannya ditulis tanpa menitikberatkan tanda
baca terutamanya ellipsis. Tanda baca ellipsis diletakkan sewenang-wenangnya
tanpa mempunyai tujuan yang betul. Sejak di bangku sekolah lagi aku suka
membaca novel. Novel yang dihasilkan di waktu dahulu mempunyai banyak perbezaan.
Baru-baru ini aku membaca sebuah novel dan mendapati penulisnya banyak
menggunakan tanda ellipsis di tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya:
“Baik,
Cikgu… Eh, Cikgu…! Ada surat cikgu jatuh ni…”
Dalam
ayat di atas tanda baca ellipsis digunakan lebih terarah sebagai fungsi
penenkanan dan bukannya sebagai fungsi sebenarnya iaitu untuk menunjukkan
terdapat sebahagian petikan yang telah ditinggalkan .
No comments:
Post a Comment