Assalamualaikum…
Kali
ini aku ingin mengupas semula topik yang pernah aku utarakan dahulu iaitu
rujukan hormat bagi seseorang. Hari ini kau terbaca sehelai poster yang
dilekatkan di dinding bilik kuliah. Pada mulanya aku tidak menyedari sebarang
kesilapan pada poster tersebut. Namun setelah diteliti ternyata terdapat
kesalah penggunaan kata rujukan hormat. Di sini aku lampirkan gambar kesalahan
yang terdapat pada poster tersebut.
Poster
di atas jelas menunjukkan kesalahan rujukan hormat yang digunakan untuk Dr.
naveen Nair. Poater tersebut menggunakan rujukan hormat Yang Berusaha sedangkan
Yang Berusaha sepatutnya digunakan untuk pegawai yang tidak bergelar. Contohnya
pengerusi PIBG sekolah dan sebagainya. Rujukan hormat yang sepatutnya digunakan
untuk Dr. Naveen Nair ialah Yang Berbahagia. Rujukan hormat Yang Berbahagia
digunakan untuk seseorang yang bergelar anugerah seperti Tan Sri, Datuk,
Profesor, Doktor dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment