Thursday, 18 October 2012

Puisi Pegangan Adat


Assalamualaikum…

Semester lepas aku ada mengambil kursus Puisi Melayu. Dalam banyak-banyak puisi yang telah aku pelajari, terdapat satu puisi yang baru aku dengarkan pada semester lepas iaitu teromba. Ramai yang tidak mengetahui apa itu teromba dan bagaimana bentuk teromba. Jadi pada hari ini aku ingin berkongsi dengan rakan sekalian berkenann teromba.

Teromba merupakan salah satu puisin yang tergolong dalam puisi tradisional melayu. Teromba merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Teromba dikatakan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau. Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup mesyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehiduan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.

 Secara ringkas teromba berfungsi memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang-undang dibentuk, membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni, mengekal norma yang tertentu di dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun.

Masyarakat Minangkabau sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang tinggi dengan nilai adab dan budaya. Selain melihat sendiri vcara kehidupan masyarakat Minangkabau, kita juga boleh melihat pada puisi asal mereka untuk melihat cara kehidupan mereka. Hal ini kerana teromba dibuat untuk memuatkan segala peraturan atau adat yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau. Contohnya dalam teromba aturan harta pusaka di bawah ini


                                                        Yang paya Tanami padi,              
Yang keras dibuat ladang,
Bukit batu untuk bertambang emas,
Yang paya untuk tepat ikan,
Genangan pelepas itik,
Padang rump;au untuk penternak,
Laying perak logam tembaga,
Semua terkandung di dalamnya.

Pusaka jangan beranjak,
Manah jangan pupus,
Suku jangan pindah,
Bangsa jangan sampai hilang.

Pepatah tersebut menyatakan bahawa kerana pusaka sawah ladang, hutan dan tanah merupakan daerah milik bagi seorang penghulu tempat dan hidup suku yang dipimpinnya. Kalau pusaka tersebut sudah terjual, sukunya akan berpindah ke suku lain dengan pindahnya hak milik yang menjadi wilayah tersebut. Walaupun pada lahirnya pusaka tersebut masih tetap pada tempatnya semula. Amanah orang tua akan hilang dan bangsa yang terdiri daripada kaum yang berkembang di tanah tersebut akan akan kehilangan daerahnya.
Daripada penerangan maksud teromba di atas, jelas dilihat bahawa masyarakat Minangkabau menggunakan puisi melayu iaitu teromba sebagai agen pesanan kepada anak cucu kaum tersebut.
                                                                                              

No comments:

Post a Comment