Assalamualaikum…
Hari
ini aku ingin berkongsi tentang imbuhan awalan yang dipinjam daripada bahasa
Sanskrit. Terdapat banyak imbuhan awalan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit
iaitu maha-, tata-, pra-, swa-, pasca, dan banyak lagi. Aku tidak akan mengupas
satu persatu semua imbuhan awalan yang diambil daripada bahasa Sanskrit
sebaliknya aku hanya ingin mengupas berkenaan awalan swa-. Tahukah anda apa
yang dimaksudkan dengan swa-? Semestinya ramai dalam kalangan rakan sekalian
yang tidak mengetahui maksud imbuhan ini malahan pasti ada yang tidak pernah mengetahui adanya
imbuhan perkataan ini. Awalan swa- digunakan untuk menerbitkan kata nama yang
memberi makna sendiri. Awalan ini mempunyai potensi untuk menjadi awalan yang
produktif. Walaupun penggunaannya agak terbatas tetapi jika diamalkan dalam
percakapan seharian imbuhan ini boleh menjadi awalan yang produktif dan dapat
membentuk banyak perkataan dan makna. Contoh perkataan yang menggunakan imbuhan
awalan swa adalah seperti yang berikut:
|
IMBUHAN + PERKATAAN
|
MAKSUD
|
|
swa + daya
|
swadaya (kekuatan
sendiri)
|
|
swa + asta
|
swata (berdiri
sendiri)
|
|
swa + tenaga
|
swatenaga (tenaga
sendiri)
|
|
swa + layan
|
swalayan (layan
sendiri)
|
No comments:
Post a Comment