Assalamualaikum...
Pada
entri kali ini aku ingin berkongsi tentang rujukan hormat dan pasangannya. Aku
baru beroleh ilmu yang jelas berkenaan rujukan hormat ini pada pagi tadi.
Selama ini ketika di perhimpunan sekolah rujukan hormat yang digunakan untuk guru-guru hanyalah Yang Berusaha. Hal
ini membuat aku sering tertanya-tanya mengapa pengacara majlis tidak
pelbagaikan atau menggunakan rujukan hormat yang berbeza antara pengetua dengan
guru-guru lain sedangkan pengetua lebih tinggi pangkatnya berbanding guru-guru
lain. Pada pandangan aku pada waktu itu, sepatutnya pengetua menggunakan
rujukan hormat yang lebih tinggi berbanding guru-guru di bawahnya. Contohnya
Yang Berbahagia atau Yang Berhormat kemudian barulah disusuli dengan Yang
berusaha yang merujuk kepada guru-guru lain.
Pada
pagi tadi, barulah aku tahu bahawa rujukan hormat ini tidak boleh diletak
sewenang-wenangnya tanpa melihat terlebih dahulu pangkat atau gelaran yang
dipegang oleh seseorang. Contohnya rujukan Yang Berhormat. Rujukan hormat Yang
Berhormat hanya boleh digunakan pada seseorang yang dipilih melalui proses
tertentu seperti Wakil Rakyat, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
dan Ahli Dewan Rakyat. Di sini aku sertakan rujukan hormat serta pasangannya
supaya rakan sekalian tidak melakukan kesalahan yang sama dengan aku.
Rujukan hormat
|
Orang yang disapa
|
Yang Mulia
|
Bergelar warisan
seperti Tengku, Raja
|
Yang Amat Mulia
|
Anak kepada raja yang
sedang memerintah
|
Yang Teramat Mulia
|
Kerabat raja yang bergelar
|
Duli Yang Teramat
Mulia
|
Raja Muda
|
Yang Maha Mulia
|
Balu Almarhum Sultan
|
Duli Yang Maha Mulia
|
Sultan, Sultanah,
Raja Perempuan
|
Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda
|
Yang Dipertuan Agong
|
Yang Berbahagia
|
Bergelar anugerah
seperti Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor
|
Yang Amat Berbahagia
|
Tun dan Toh Puan
|
Yang Arif
|
Hakim
|
Yang Amat Arif
|
Ketua Hakim Negara
|
Yang Berhormat
|
Orang yang dipilih
melalui proses tertentu seperti Wakil Rakyat, Menteri, Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Ahli Dewan Rakyat
|
Yang Amat Berhormat
|
Perdana Menteri
|
Yang Setia
|
Pegawai tentera dan
polis
|
Yang Amat Setia
|
Ketua turus tentera
dan polis
|
Yang Berusaha
|
Pegawai yang tidak
bergelar
|
Sahibus-Samahah
|
Mufti
|
Sahibus-Fadilah
|
Ulama, kadi
|
Sahibus-Saadah
|
Pengarah Jabatan
Agama
|
Tuan Yang Terutama
|
Yang Dipertua Negeri,
Gabenor, Duta.
|
Setelah diteliti dapat kita lihat bahawa pengetua dan guru berada dalam kategori yang sama iaitu pegawai yang tidak bergelar. Jadi penggunaan rujukan hormat yang betul ialah Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Berusaha Guru Kanan Kokurikulum dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment