Thursday, 11 October 2012

Senyum Seindah Suria


Setelah beberapa minggu berada dalam zon selesa dengan adanya duit PTPTN, kini aku mula terasa sesaknya. Dompetku yang dulunya diisi dengan kertas-kertas berwarna merah mula bertukar dengan warna biru dan hijau sahaja. Jadi aku mengambil keputusan untuk mula berjimat bagi mengelakkan leteran ibuku jika dia mengetahui duitku telah banyak susut. Minggu ini adalah tarikh permulaan aku untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat. Bagi mengelakkan aku membeli makanan yang mahal-mahal terpaksalah aku memasak sendiri dan tempat yang paling senang mendapat barangan dengan harga yang paling murah ialah pasar malam kerana di situ harganya boleh ditawar.

Pada mulanya aku singgah di gerai sayur yang terletak di barisan hadapan keranan malas mahu bersesak dengan orang ramai untuk ke gerai di bahagian belakang. Namun sikap penjual yang langsung tidak pandai melayan pelanggan membuatkanku rasa menyampah dan geram sangat. Timbul persoalan di hatiku bagaimana orang yang sombong seperti penjual ini boleh menjadi seorang penjual sedangkan pekerjaan sebagai penjual itu harus berurusan dengan orang ramai. Semestinya dia harus berkomunikasi dan menunjukkan sikap ramah dengan pelanggan-pelanggannya. Tiada segaris senyuman pun di bibir penjual tersebut. Aku cuba juga memberi senyuman ketika cuba mengambil bakul di hadapannya namun tetap diendahkannya. Akhirnya aku meletakkan kembali dan terus pergi ke gerai di bahagian belakang.

Susah sangatkah untuk kita mengukirkan senyuman? Pada aku memasamkan wajah dan membuat wajah ketat begitu lebih menyusahkan. Betapa indahnya senyuman keranan senyuman itu penyeri hidup. Jika orang senyum pada kita mesti kita terasa untuk membalasnya dan terjalinlah sebuah ikatan. Ikatan itu tidak nampak pada mata kasar, tetapi dihati. Di sini aku kongsikan lirik lagu Senyum Seindah Suria yang mengajar kita betapa indahnya senyuman itu.


Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum...kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum...membahagiakan
Dengan senyuman
Terjalinlah...ikatan

No comments:

Post a Comment