Aku
mempunyai masalah untuk membuat dan menuturkan ayat lisan yang menggunakan
perkataan terbalik. Aku selalunya akan menukar perkataan tersebut dengan
perkataan terkalih. Sebelum ini aku tidak menyedari kesalahan yang aku lakukan
kerana menganggap kedua-dua perkataan ini menyatakan maksud yang sama iaitu
songsang atau berubah sama sekali kedudukannya. Contoh kesalahan lisan yang aku
lakukan ialah:
Kenapa
kau pakai baju terkalih?
Mak
pakai tudung terkalih ke?
Adik
pakai kasut terkalih tu.
Setiap
hati aku menggunakan ayat yang salah tanpa menyedarinya. Keadaan ini mungkin
disebabkan oleh gaya pertuturanku yang dibawa sejak kecil tidak ditegur oleh
orang yang lebih dewasa. Lama-kelamaan gaya pertuturan tersebut telah menjadi
sebati dengan cara prtuturanku. Namun semenjak di universiti ramai dalam
kalangan kawan yang menegur ketika aku bercakap. Oleh sebab rasa tidak puas
hati dengan teguran yang diterima aku mengambil inisiatif sendiri dengan
menyemak perkataan tersebut di dalam kamus dewan. Ternyata aku yang salah. Perkataan
kalih membawa maksud berpaling manakala perkataan terbalik pula membawa maksud
songsang atau kedudukan yang tidak betul. Sememangnya ayat yang aku tuturkan
selama ini salah. Kini aku cuba memperbaiki pertuturanku supaya tidak salah dan
dapat difahami dengan jelas oleh kawan-kawanku.
No comments:
Post a Comment