Hari
ini aku ingin berkongsi serba sedikit berkenaan kata penguat adjektif dalam dialek
yang dituturkan di negeri kelahiranku, Kedah. Ramai yang beranggapan bahawa
dialek Kedah adalah salah satu gaya pertuturan yang kasar. Hal ini kerana
sebutan perkataan yang mengandungi huruf ‘r’ di akhir perkataannya ditukar
menjadi ‘q’. Contohnya:
BAHASA BAKU
|
DIALEK KEDAH
|
lapar
|
lapaq
|
air
|
ayaq
|
tidur
|
tidoq
|
sayur
|
sayoq
|
bakar
|
bakaq
|
samar-samar
|
samaq-samaq
|
Dialek
Kedah bukan hanya menukar perkataan yang berakhir dengan huruf ‘r’ sahaja
malahan terdapat juga perkataan yang telah ditukar ke dalam dialek Kedah.
Contohnya:
BAHASA BAKU
|
DIALEK KEDAH
|
beritahu
|
habaq
|
pergi
|
pi
|
kenapa
|
awat
|
Apabila
kita menyebut kembali perkataan-perkataan di atas memang jelas yang bunyinya
kedengaran agak kasar berbanding sebutan asalnya (baku). Namun bukan itu yang
aku ingin ketengahkan di sini tetapi ingin menyentuh tentang kata penguat
adjektif yang terdapat dalam dialek Kedah. Berikut aku sertakan beberapa contoh
kata penguat adjektif yang terdapat di Kedah beserta huraian maknanya:
KATA PENGUAT ADJEKTIF
|
HURAIAN
|
pedas menyerit
|
pedas sangat-sangat
(cth:cili)
|
manis melecaih
|
manis sangat-sangat
(cth: air tebu)
|
masin piaang
|
masin sangat
|
pahit berdengung
|
pahit sangat-sangat
(cth:ubat)
|
besaq gedabak
|
sangat besar
|
gelap gelemat
|
gelap sangat hingga
tidak dapat lihat apa-apa
|
panas lit-lit
|
panas sangat.
biasanya digunakan untuk waktu tengah hari
|
hitam merelit
|
hitam berkilat (cth:
macam bontot kuali)
|
hijau merengau
|
hijau yang sangat
terang
|
merah ang
|
merah yang sangat
terang
|
tinggi merenjong
|
keadaan fizikal
seseorang yang sangat tinggi
|
kecik konet
|
sangat kecil
|
sejuk gedi
|
sejuk sangat-sangat
|
busuk merengak
|
bau yang sangat busuk
(cth: sampah)
|
tawaq hebiaq
|
tawar atau tiada rasa
(cth: kari tawar)
|
besaq ragam
|
keadaan fizikal
seseorang yang besar dan tinggi
|
Kesimpulannya
aku harap rakan-rakan sekalian dapat mempelajari dan memahami dialek Kedah.
Kita hendaklah mendalami sesuatu sebelum membuat rumusan. Begitulah juga dengan
dialek negeri Kedah. Walaupun kedengaran agak kasar ketika menuturkannya namun
kita haruslah mendalamai dan memahami dahulu barulah boleh mengatakan sama ada
dialek Kedah ini kasar atau pun tidak. Bak kata pepatah tak kenal maka tak
cinta. Bagi aku, dialek Kedah sama sahaja dengan dialek-dialek yang lain iaitu
mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Wassalam
No comments:
Post a Comment