Semasa di dalam kelas aku
diberikan kertas edaran tentang sebuah karnival yang akan diadakan di kolej Za’ba.
Fikiranku mula terbayangkan geraigerai yang berderetan menjual pelbagai jenis
pakaian dan makanan tetapi bila difikirkan kembali tempat acara tersebut aku
jadi malas. Terpaksalah aku mengambil bas untuk ke Kolej Za’ba, Proton City.
Tiba-tiba aku terperasan nama tempat tersebut diletakkan dalam bahasa Inggeris.
Kenapakah nama tempat ini diletakkan dalam bahasa Inggeris? Kedengaran seperti
bukan berada di Malaysia pula. Bukankah lebih elok menggunakan bahasa
kebangsaan kita untuk menamakan sesuatu tempat?
Walaupun terdapat
tempat-tempat lain yang dipanggil dalam bahasa Inggeris namun nama asalnya
adalah dalam bahasa Melayu. Contohnya Menara Kuala Lumpur lebih dikenali
sebagai KL Tower, Menara Berkembar Petronas dikenali sebagai Twin Tower. Namun
Proton City tidak pula mempunyai nama dalam bahasa Melayunya. Secara terangan
papan tanda ke situ menulis Proton City. Kenapa tidak diletakkan nama Bandar
Proton sahaja? Bukankah lebih elok menggunakan bahasa kebangsaan kita yang
lebih melambangkan kejatian diri kita. Jika kita lihat dari segi perkataan
proton itu sendiri telah menunjukkan jati diri Malaysia kerana proton merupakan
jenama kereta Negara yang dicetuskan oleh Tun Mahathir Mohamad semasa beliau
memegang jawatan sebagai perdana menteri suatu ketika dahulu.
PROTON (singkatan
untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal
berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kerata pertama Malaysia Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai
aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini
disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha
sama dari seberang laut. Pemegang saham terdiri daripada Perbadanan Industri
Berat Malaysia Berhad (70%), Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%) dan Mitsubishi
Corporation, Jepun (15%). Perusahaan Otomobil
Nasional Sdn Bhd ditubuhkan
oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad berasaskan
idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada
tahun 1981. Kemudian pada
bulan Februari 1982, satu pasukan
projek ditubuhkan di HICOM bagi membuat
penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi. Jadi,
perlukah suatu kawasan yang menggunakan nama atau lambang yang menjadi kebanggaan Malaysia menggunakan pengaruh bahasa
Inggeris?
No comments:
Post a Comment