Hari ini aku dan tiga
orang lagi kawan aku dipanggil untuk buat sketsa di hadapan kelas. Sebaik
pensyarah mengarahkan jari telunjuknya ke arah kami, jantung aku mula berdegup
kencang. Seperti yang kuduga akhirnya kami berempat dipilih untuk melakonkan
sketsa pendek di hadapan kelas. Pensyarahku hanya memberikan masa lima minit
untuk merancang sketsa tersebut. Kami memang tidak dapat mencari idea apa yang
harus dipersembahkan. Dalam tak sedar masa yang diberikan pun berlalu. Kami
berempat dipanggil ke depan. Akhirnya terciptalah sebuah sketsa spontan daripada
kami. Alhamdulillah berjaya juga kami persembahkan tetapi ramai yang tegur kami
kerana menggunakan bahasa dialek negeri Kedah
yang terlalu pekat semasa sketsa tadi. Apa tidaknya, aku dan dua orang lagi
kawanku tinggal di sebelah utara. Cuma seorang sahaja kawan aku yang tinggal di
Johor. Yang paling melucukan, kawan aku yang johor pun terikut bercakap dalam dialek Kedah semasa membuat
persembahan tadi.
Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu
daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat,
pelat daerah atau pun negeri. Penggunaan dialek dapat memudahkan
penegnalpastian edentiti asal seseorang. Dialeh berbeza antara negeri dan ada
juga yang berlainan dialek digunakan walaupun tinggal dalam satu negeri.
Keadaan ini dipanggil sebagai dialek daerah. Contohnya di Kedah. Dialek yang
digunakan oleh penduduk di Bukit Kayu Hitam lebih pekat berbanding penduduk
yang tinggal di daerah Yan dan Sungai Petani . Hal ini kerana pertuturan atau
dialek yang dipakai oleh penduduk di kawasan Bukit Kayu Hitam banyak menerima
pengaruh bahasa Thailand. Kebanyakan penduduk di situ boleh memehami bahasa Thailand
dan terdapat juga sebahagiannya yang dapat bertutur dalam bahasa tersebut
dengan baik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pertuturan seseorang turut
dipengaruhi oleh penempatan dan golongan sosial di sekelilingnya.
Dialek antara negeri juga dapat dilihat dari
segi persamaan dan perbezaannya. Contohnya negeri-negeri di sebelah utara
seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara bercakap menggunakan dialek
yang lebih kurang sama. Jika proses komunikasi antara penduduk berlainan negeri
ini berlaku, proses dalam memahami makna masih lagi jelas dan mesej dapat
disampaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa perkataan
yang ada atau wujud dalam dialek negeri lain tetapi tidak ada dalam dialek
negeri yang satu lagi. Namun begitu, masalah pemehaman makna ini dapat
diselesaikan dengan proses meneka atau menjangka maksud perkataan tersebut
berdasarkan ayat yang dituturkan. Dialek antara negeri-negeri di sebelah utara
amat berbeza dengan dialek yang digunakan oleh penduduk di sebelah Pantai
Timur. Perbezaan dari segi bunyi bahasa amat menyukarkan proses pemahaman
maksud walaupun setelah menggunakan teknik menjangka maksud.
Penjelasan di atas
jelas mengupas sebab ramai kawan sekelasku menegur kami setelah mempersembahkan
sketsa dalam dialek kami sendiri. Seharusnya kami menggunakan bahasa standard
semasa dalam kelas kerana bukan semua orang boleh memahami apa yang ingin kami
sampaikan. Insyaallah aku akan cuba perbaiki lagi cara aku berbahasa supaya
proses komunikasi dengan orang lain dapat berlaku dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment