Sunday, 30 September 2012

SAM: SAYA AMAT MENCINTAIMU







                                                           Saya Amat Mencintaimu




Baru-baru ini aku telah menonton filem SAM yang diarahkan oleh seorang pengarah muda iaitu Syafiq Yusuf, anak Yusuf Haslam dan adik kepada pengarah yang berbakat besar Shamsul Yususf. Setelah menonton cerita tersebut, aku dapati kreaviti  Syafiq Yusuf amat tinggi dalam menghasilkan sebuah cerita yang tidak disangka-sangka oleh penonton. Banyak teknik penceritaan yang dimasukkan termasuklah unsur suspen membuatkan penonton tidak jemu menonton hingga ke penghabisan cerita.

Unsur suspen ialah peristiwa yang mendebarkan atau mencemaskan atau pun yang menjadi tanda tanya kepada penonton sehingga boleh menimbulkan ketegangan atau peristiwa yang menyebabkan penonton tertanya-tanya. Dalam cerita SAM , Syafiq Yusuf berjaya menyembunyikan perkara yang akan berlaku seterusnya sehingga menimbulkan tanda tanya dalam diri penonton. Misalnya dalam babak Sam balik ke rumah dan mendapati pintu belakang rumahnya dipecah masuk tetapi tidak kelihatan sesiapa pun di dalam rumah. Babak ini berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Adakah ada seseorang di dalam rumah tersebut? Adakah Haikal yang pecah masuk ke rumahnya atau pun pencuri? Banyak tanda tanya timbul dalam setiap babak suspen yang ditonjolkan.

Selain unsur suspen, pengarah muda tersebut turut menunjukkan unsur konflik dalam diri watak utama dalam cerita tersebut iaitu Saheizy Sam. Konflik ialah pertentangan atau perselisihan antara individu atau antara dua pihak atau lebih. Ada dua jenis konflik iaitu konflik dalaman dan konflik luaran. Konflik dalaman ialah pertentangan yang berlaku dalam jiwa seseorang waima konflik itu terjadi dalam fikiran, peraaan atau hatinya. Konflik dalaman dapat dilihat dalam babak Sam yang berperang dengan dirinya sendiri kerana mula melihat dua imej dirinya yang berperwatakan lain. Sam mula bercakap dengan diri sendiri sehingga dilabelkan sebagai gila oleh orang kampung. Konflik luaran pula ialah pertentangan sama ada pertentangan secara melintang seperti antara manusia sesama manusia, manusia dengan alam atau pertentangan secara menegak iaitu manusia dengan pencipta. Dalam cerita SAM berlaku pertentangan secara melintang iaitu pertentangan antara manusia dengan manusia iaitu dirinya sendiri.

Penggunaan bahasanya juga teratur dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Terdapat filem masa kini yang menggunakan bahasa-bahasa yang rosak seperti bahasa pasar, bahasa kesat dan bahasa rojak. Penggunaan bahasa yang tidak betul boleh mempengaruhi penonton yang menontonnya. Seharusnya filem yang dihasilkan haruslah mempunyai nilai-nilai yang baik supaya menjadi ikutan dan taulada kepada orang ramai. Bila diamati kembali, filem SAM ini ada sedikit sebanyak persamaan dengan novel yang dihasilkan oleh Novelis Thriller No. 1 di Malaysia iaitu Ramli Awang Murshid. Kedua-dua ahli sastera ini menghasilkan cerita berkenaan seseorang yang mengalami gangguan mental atau lebih khusus lagi kecelaruan identiti. Jadi, bagi sesiapa yang belum menonton filem SAM aku ucapkan selamat menonton. Sokonglah industry perfileman kita.

1 comment:

  1. Best Casino Games Online in Canada 2021
    Discover the 바카라시스템 best casino 파라오사이트 games online and 토토 사이트 홍보 the best bonuses in 2021. Play casino games and try 사설 사이트 for free 원 엑스 벳 for real money. Sign up now!

    ReplyDelete