Hari
ini aku ingin menyentuh berkenaan hukum D-M. D-M bermaksud
diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsure yang
diterangkan itu merupakan unsure inti yang hadir pada kedudukan pertama dan
unsur menerangkan merupakan unsure penerang yang hadir pada kedudukan yang
kedua. Contoh perkataan yang mengikut hukum D-M adalah seperti berikut:
Jentera pendingin Askar melayu
Serbuk perasa Sahudin
tukang kasut
Kelapa sawit
Mengikut
hukum ini penggunaan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan
D-M adalah salah dan tidak dapat diterima. Contohnya:
Makanan Laut Restoran KOh Klinik
Kerinting Rambut Salon
Untuk
lebih jelas lagi, di bawah ini aku sertakan kesalahan hukum D-M beserta
pembetulannya:
Salah
|
Betul
|
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
|
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
|
Namun
begitu, terdapat juga kekecualian dalam hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur
yang diterangkan mendahului unsur yang diterangkan. Contohnya:
Perdana manteri dua orang
calon
Puan Juriah pembantu
penyelidik
No comments:
Post a Comment