Sekarang
ini aku lihat ramai yang masih silap menulis apabila melibatkan kata majmuk.
Bukan sahaja orang lain, malahan aku sendiri juga sering melakukan kesilapan
dalam ejaan kata majmuk. Jadi tulisan kali ini aku ingin berkongsi maklumat bersama-sama
rakan sekalian supaya selepas kita tidak
lagi melakukan kesalahan dalam mengeja kata majmuk. Contoh perkataan yang
sering aku tersilap eja adalah seperti; temuramah, temujanji, lebuh raya dan
banyak lagi. Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan sebarang unsur.
Kesalahan ejaan ini semakin menjadi-jadi dan bukan hanay berlaku dalam
penulisan biasa sahaja malahan turut berlaku pada di papan-papan tanda.
Contohnya:
Ejaan kata majmuk 'lebuh raya' yang salah
Sepatutnya perkataan 'lebuh raya di atas di eja secara terpisah kerana tergolong dalam kategori kata majmuk yang belum mantap. Selalunya
kesalahan dalam tulisan berlaku apabila kita keliru antara kata majmuk yang
sudah mantap dengan kata majmuk yang belum mantap. Kata majmuk yang telah
mantap ialah kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan iaitu dieja rapat.
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
Antarabangsa beritahu
Bumiputera jawatankuasa
Kakitangan kerjasama
Olahraga matahari
Setiausaha sukarela
Suruhanjaya tandatangan
Tanggungjawab warganegara
Pesuruhjaya
Kata
majmuk yang belum mantap pula haruslah dieja secara terpisah. Contohnya, kerusi
malas, meja tulis, surat khabar dan lain-lain. Jadi, diharap dengan perkongsian
ilmu pada kali ini dapatlah kita sama-sama memperbaiki cara penulisan kita.
terima kasih kak. Entry ini amat membantu saya :)
ReplyDeleteTerima kasih atas penjelasan anda. Ia lebih mudah untuk di fahami darai penjelasan lain dari Google.
ReplyDelete