Minggu
ini bermulalah kekalutan dalam menyiapkan perbentangan kerana semua subjek
memilih minggu keempat untuk memulakan perbentangan. Nasib aku agak baik
semester ini kerana kumpulan aku rata-ratanya memperoleh giliran yang agak lambat
untuk membuat perbentangan. Selalunya kumpulan akulah yang dipilih sebagai
kumpulan pertama yang membuat perbentangan. Sekurang-kurangnya kumpulan aku
mempunyai lebih masa untuk menyiapkan semua tugasan.
Aku
dan kawan-kawanku hanya menjadi pemerhati pada minggu ini kerana giliran kami
lambat lagi. Sedang khusyuk aku mendengar perbentangan yang dibuat oleh
kumpulan lain tiba-tiba aku terdengar pembentang itu menyebut perkataan
‘khayalak’. Aku dan kawan-kawanku saling berpandangan dengan muka yang sangat
lucu. Maklumlah masing-masing menahan tawa dari terlepas. Takut terganggu
perbentangan yang dijalankan. Bukan pertama kali aku mendengar penutur
menuturkan perkataan ‘khalayak’ menjadi ‘khayalak’. Malahan aku sendiri juga
kadang-kadang tersasul ketika menyebut perkataan itu terutamanya ketika
bercakap dengan laju. Aku tertanya-tanya apa yang menyebabkan ramai dalam
kalangan kita tertukar perkataan ‘khalayak’ menjadi ‘khayalak’ padahal dalam
kamus dewan tidak wujud pun perkataan khayalak. Menurut Kamus Dewan Edisi
keempat, perkataan khalayak didefinisikan sebagai orang ramai, umum, pembaca,
pendengar atau penonton sesuatu ciptaan sastera atau seni. Perkataan ‘khayalak’
pula tidak wujud langsung dalam Kamus Dewan.
Dari
manakah kita memperoleh perkataan ‘khayalak’ tersebut? Persoalan itu terus
tidak mendapat jawapan khusus hingga kini. Jadi aku menganggap sikap kita
sendiri yang menyebabkan kita tersilap sebutan semasa bercakap. Sikap di
sini bermaksud sikap kita yang sering membalikkan perkataan menyebabkan kita
terbiasa menyebaut perkataan tersebut secara salah. Contohnya; perkataan
‘confident’ ditukar menjadi ‘condifent’, 'gajus' ditukar menjadi 'jagus' dan banyak lagi. Pada aku, berkemungkinan ini adalah
salah satu sebab kita selalu tertukar perkataan dan bunyinya. Sebab-sebab yang
lain aku biarkan rakan-rakan sekalian yang tentukan. Sebagai penutur sesebuah
bahasa, kitalah yang bertanggungjawab menentukan ke mana hala tuju sesebuah
bahasa tersebut. Jadi, sebagai penutur, sudah semestinya jawapan pertukaran
perkataan ini ada pada diri kita sendiri.
Terbaik, TK kerana memberi penjelasan. Nak tanya, yg mana sepatutnya digunakan di antara 'Penjarakan sosial dan penjarakkan sosial'.
ReplyDeleteMemang lazimnya digunakan penjarakan sosial. Untuk saya, penjarakan sosial membawa maksud memenjarakan sosial (penjara-kan sosial). Ada tak apa-apa penerangan untuk ini? Minta pencerahan. Kalau dapat, emel geneshkumar11@yahoo.com. TK